KANGAR 30 MAC 2011 - Pekan kecil disekitar Perlis telah dilanda banjir kilat gelombang ke 2 setelah dilanda bencana yang sama 4 bulan lalu. Menurut orang kampung, banjir ini disebabkan hujan lebat yang turun selama 4 hari sebelumnya menyebabkan takungan air di Empangan Timah Tasoh penuh dan kesemua enam pintu empangan terpaksa dibuka bagi melepaskan air untuk mengelak dari berlaku peristiwa empangan pecah. Pusat operasi banjir kerajaan negeri telah dibuka di Mini Putrajaya sejak hari selasa lagi kerana beberapa tempat mula dinaiki air sejak hari itu. Perlis juga telah menerima pelbagai bantuan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membantu mangsa - mangsa banjir.
Pusat bandar Kangar
Memang kalut hari rabu ritu sbb dok kat kolej dengan sibuk kolej, pastu hujan lak tak berhenti2.. lpas hbis kelas check out kamsis blik umah angkat brg2 yg belum angkat.. bila dok kalut angkat barang sampai ke lewat petang baru perasan kat pintu dapur...........................
dah senja pun tkmau turun lagi
ada kucing betina sangkut kat tingkap pintu, kesian tengok dia.. menurut sumber kucing tu dok kat situ dari 11 pagi. Tak da org nak selmatkan dia. Pastu kena la amik dia bawa turun jugak la dah la baru beranak 4 ekoq anak. Anak - anak pun tak minum susu satg mamti habis anak dia lagi kesian. Last skali dah habis fikir iniseatif, tingkap yang atas skali tu terpaksa dipecahkan baru leh bawa turun dia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
ATM tenggelam... duit pun basah?
Lokasi ni dekat Hospital Tuanku Fauziah Kangar... Dalam hospital pun kena aiq bah.. operasi hospital berjalan seperti biasa tapi tak sempurna mcm hari biasa la.. tapi apa pun memang tabik la kat staff HTF, tetap buat kerja dalam aiq bah walaupun banjir satu hospital dengan nak cari makan pun susah layan kerenah pesakit lagi. Pihak HTF turut dibantu oleh agensi kerajaan yang lain bagi melancarkan tugas mereka.....
Ada katil ni sebiji kat umah pun syok, leh tidoq dlm aiq bah
waktu masuk jalan dalam bahagian Kecemasan tengok ramai doktor ada.. tapi dressing mai keja pakai casual ja.. haha nampak santai dan smart.. aiq dalam hospital lagi sejuk dengaq air kond dok terpasang.. mcm dok randuk aiq bah kat ATLANTIK ja.. haha.. banyak infrastruktur yang rosak kat hospital termasuk la kat bangunan - bangunan kerajaan yang lain.. berapa la kos baik pulih.. semua ini ujian dari ALLAH S.W.T yang mempunyai hikmahnya.. WALLAHUALLAM..
Bantuan banjir yang siap packing.. tunggu untuk diedarkan kepada mangsa - mangsa banjir yang terperangkap di rumah.. Alhamdulillah masih ada rezeki dari ALLAH walaupun ditimpa bencana.. ALLAH maha mengasihani..