Friday, February 11, 2011

Mengaktifkan GodMode Pada Windows 7

Mungkin tidak ramai mengetahui kewujudan fungsi GodMode. Sistem ini direka untuk memaksimakan penggunaan Windows 7 dengan mengaktifkan fungsi yang terdapat pada GodMode ini. Fungsi ini diperkenalkan sejak tahun lepas, dan masih ada yang belum mengetahui kewujudannya. Untuk pengetahuan anda, fungsi-fungsi pada GodMode ini boleh diakses daripada pelbagai bahagian berbeza di Windows melalui penggunaan GodMode, ianya memudahkan anda, dan tidak perlu mencarinya secara individu seperti dahulu. Namun, fungsi ini dikatakan boleh menyokong pada Windows Vista, tetapi keadaannya tidak stabil.


Fungsi GodMode hanya terdapat pada semua jenis Windows 7


Cara mengaktifkan GodMode
Untuk mengaktifkan fungsi GodMode ini, ianya amatlah mudah, dimana anda hanya perlu;
Langkah:
    1) Cipta sebuah folder baru
    2) Menamakan folder tersebut 
       kepada GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
Anda akan dapat melihat sebuah ikon khas, dan boleh mengaksesnya dengan klik pada ikon tersebut, seperti membuka aplikasi lain seperti biasa.

Selamat Mencuba