Tarikah awal yang menggambarkan tarikh pegumumannya
Menariknya adalah, dimana imej iPad sebelum ini memaparkan tarikh 27, dan Apple telah mengumumkannya kepada umum pada tarikh tersebut, dan kini ikon iPad 2 memperlihatkan tarikh 9 pula, menandakan ianya bakal diumumkan pada tarikh tersebut juga.
Jikalau dilihat pada sejarah pelancaran, iPhone 4 dan iPhone 3G juga turut menggunakan kaedah sama, dimana tarikh pelancarannya sama seperti pada ikon yang dipaparkan pada gambar promo perantian mereka. Ianya mungkin suatu perkara rahsia yang disimpan oleh Apple sehingga kini, dan mungkin perkara ini akan diubah, memandangkan ianya telah diketahui ramai.
Ikon Baru Pada iOS 4.3 Beta
iPad 2 kelak dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk membawakan kamera hadapan dan belakang, sokongan FaceTime untuk memudahkan anda membuat panggilan video bersama pengguna FaceTime yang lain, beserta dengan aplikasi PhotoBooth, yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar-gambar menarik, sekaligus menggunakan filter ke atasnya untuk menjadikannya lebih menarik. Ianya juga diperkatakan yang mana Apple bakal mulakan jualan iPad 2 pada awal bulan April, mungkin 2 April atau 9 April.