Melalui Habaq.my, para pengguna boleh menyenaraikan sebarang iklan produk atau servis yang ingin dijual oleh mereka secara percuma, selain anda juga boleh mencari pelbagai barangan menarik daripada laman tersebut, yang mana boleh didapati pada harga yang agak menarik. Sama seperti pada Mudah.my, Habaq.my turut menyediakan kebolehan untuk melakukan carian mengikut kategori produk ataupun mengikut lokasi tempat tinggal pengguna.
Memandangkan ianya masih lagi baru sahaja dilancarkan dan masih diperingkat Beta, maka produk yang tersenarai dan bilangan pengguna yang menggunakan platform tersebut masih lagi sedikit. Namun, dengan kaedah pemasaran yang menarik, semestinya laman tersebut boleh pergi lebih jauh, memandangkan kini para pengguna Malaysia, tidak lagi ragu-ragu untuk membeli melalui dalam talian seperti lima tahun yang lalu.